Saturday 26 March 2011

LeT's CouNT 2GetHeR... 1.. 2.... 3... cCAaKK ^ ^ 'Exploring The Nature Gopeng'


Lama Sudah Aku x jenguk Blog nie.. uiii sibuk sangat sampai x d masa dgn Blog nie..
 SoRRy erk Miss Blog.. huhu... 
HaH !! dalam masa aku x Jenguk Blog nie, ak PeGi SomeWheRe 4 my RecReatioN ClaSs.. 

Pada Tarikh 17 until 19 Mac 2011, our Team iaitu RECCERS 14 (43 org)  pergi ke Gopeng, PeRak.
Wah!! 4 Me, MeMG BEST glew la... 1st ExpeRieNce la katakan. =)
So, Nak StoRy Ckt la ape AktiViTi Yg ak wat Kat sana:

1) WatER RaFtiNG
2) WatER AbSaiLiNG
3) PaiNtBaLL
4) Gua TeMpuRuNG



pd 17 hb, kami gerak dr UUM dah petang,
so, sampai perak jam 11 lebih la..
malam kejadian kami dijemput naik lori tuk msk kt dlm kem..
wowo 1st time naik lori beramai2..hikhik



ni pagi ke2, pas sj masak srapn,
sblm g gantung banner kite snap dlu.. CcakK..


ape tggu lg abe wei.. moh kite snap dlu,
pic sblm pengembraan b'mula.. hieyaa...


Actly ni 2nd xtvt pas water rafting, 
tp sbb pic 2 xd kt ak, msh lg kt membe 
so, ak upload mn ad dlu...hihihi
psstt.. wk2 ni cuak kowt..hehe


hehe



FuN sGt... 
First cuak pas2 wah Best..
bile dah trun, ase nk naik balik,
buat lagi n lagi..
hehehe





So, sampai cni dlu story 1st ak abt tRiP nie,
 dpt pic lain nanti,
sng2 ak story again...
c u again.. daaa

Saturday 5 March 2011

teka-teka, teki-teki, dah baca, mesti sakit hati... =p kakakaka

  • Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?

            ~Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.

  • Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?                                                                    ~ Tiada, sebab burung terbang.


  • Burung apakah yang paling penyayang?

             ~belatuk, sebab dia bela atuk...

  • Binatang apa yang suka vacation??

          ~ikan kelah

  • Gunung apa yang selalu berbangga?

         ~gunung Fuji( sbb selalu kena puji)

  • Ikan apa yang kacuk omputih dan jawa??

        ~ikan belukang, (blue= biru, kang= abg)

  • Bom apa yang anti api??

          ~bomba

  • Pohon apa yang paling banyak di hari lebaran??

         ~pohon maaf zahir dan batin

  • Kawasan manakah di Malaysia, dibangunkan dengan 2 alatan sahaja?

         ~batu pahat

  • Kawasan yang suka membandingkan dirinya dengan yang lain?

         ~tasik banding

  • Burger apa yang paling happy?

          ~bergembira

  • Air yang paling berani?

         ~air terjun

  • Alat menyelam, tetapi ada kat internet, apakah itu?

        ~Google

  • Gunung apa yang kematian suami?

         ~gunung kina(balu)


  • Import apa yang paling penting?

        ~important

  • Dia hidup di udara, darat dan air. apakah dia?

       ~Burung Raja Udang

  • Gula apa yang tak manis?


        ~sugar daddy


  • Ular apa yang paling panjang?

       ~ ulasan

  • Ibu apa yang boleh dimakan?

       ~ibu roti(yis)

  • Dia sedang duduk, tetapi dia kata dia berdiri, siapakah dia?

        ~dia penipu..

MaRi KiTa BeLajaR PeRiBaHaSa InGGeRiS( Siri 2 )

1) Walls have ears
~ be careful what u say as people may be eavesdropping.
~ cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.


2) Wash your hands of something.
~ u refuse to get involved with a person who causes problems and do not want   
   to take any responsibility on them any longer.
~ lepas tangan/ tak mahu masuk campur.


3) Water off the duck's back
~ advice, warning or insults do not affect someone.
~ mencurah air di daun keladi


4) Water under the bridge
~ u should stop thinking about something bad that happened in the past, and
   u should forgive people who did bad things.
~ barang yang lepas jangan dikenang.


5) Wet behind the ears
~ still young and inexperienced
~ umur setahun jagung, darah setampuk pinang


6) What goes around comes around
~ if u are nice to people, good things will happen to u, if u are bad, bad 
   things will happen to u.
~ buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.


7) What's in a name
~ the name is not important.
~ apalah ada pada nama.


8) Where there's a will there is a way
~ if u want to get or do something strongly enough, u can find a way to get or 
   do it.
~ Dimana ada kemahuan , disitu ada jalan.


9) Words bind men
~ a word of promise must be kept
~ manusia terikat kerana janji.


10) Wouldn't hurt a fly
~  one who is very kind and gentle
~  pijak semut tak mati.





source: PTS Professional



Tuesday 1 March 2011

Kenapa Tuhan turunkan Masalah pada kita??..( Dr.fazilah kamsah)


Sebab 1:
Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda? Ia adalah untuk membuat Anda sedar potensi diri Anda. Masalah yang dimunculkan dalam hidup bertujuan untuk Anda membongkar kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri Anda. Kebanyakan orang-orang berjaya hidup mereka asalnya susah. Hidup susah tu satu masalah.
Namun mereka memfokus pada penyelesaian masalah iaitu dengan keluar dari hidup yang susah, membina hidup yang senang.
Jika Anda lihat hidup Anda selama ini, masalah sebenarnya bersifat sementara. Masalah wujud untuk membuat Anda berubah. Maka berubahlah!
Jangan pandang masalah sebagai masalah tapi pandanglah ia sebagai petanda untuk Anda berubah. Bila Anda dilanda masalah, katakan pada diri Anda, “inilah masa untuk aku berubah, aku kena berubah!” Panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda merasa ada ‘thrill’ untuk menyelesaikannya, bukan terbeban olehnya. Anda kena ubah sikap, ubah pemikiran, ubah tindakan.
Masalah tak akan selesai jika Anda gunakan cara lama. Anda kena cari kaedah baru. Anda kena rangka strategi baru. Di sinilah Anda akan jumpa idea-idea baru dan cara-cara baru. Anda kena ubah semua itu.
Bila Anda laksanakan idea-idea baru dan cara-cara baru yang Anda jumpa tadi, kesannya Anda berubah tanpa Anda sedari. Anda akan berjaya menerobos sempadan diri.
Apabila Anda dah berjaya menyelesaikan sesuatu masalah dalam hidup Anda, Anda akan berjaya mengubah diri Anda kepada sikap baru, attitude baru tanpa Anda sedari. Anggap masalah sebagai cabaran, panggil masalah sebagai cabaran supaya Anda ada motivasi untuk menyelesaikannya.

Sebab 2:
Kenapa Tuhan turunkan masalah pada Anda? Masalah diturunkan sebagai balasan atas dosa-dosa Anda. Anda tak akan terlepas dari terbuat dosa. Bercakap bohong juga merupakan satu dosa, iaitu dosa kecil. Meninggalkan sembahyang walau cuma satu waktu adalah satu dosa, iaitu dosa besar.
Masalah diturunkan pada orang-orang yang memilih untuk tidak bertaubat, tidak meminta ampun dan tidak meminta maaf daripada Allah. Syaitan sentiasa menggoda Anda 24 jam tanpa henti. Maka wajarlah kiranya Anda bertaubat tanpa henti sebab mana tahu Anda ada terbuat dosa tanpa Anda sedari. Untuk bertaubat, sebaik-baik cara adalah mendirikan solat sunat Taubat. Cara paling senang adalah dengan melafazkan istighfar sepenuh hati.
Sebagi orang Melayu beragama Islam, pandanglah masalah sebagai amaran daripada Allah atas perbuatan Anda. Anggaplah masalah sebagai ‘warning’ Allah bahawa Anda sudah jauh dariNYA, Anda sudah lupakan suruhanNYA dan Anda mula mendekati laranganNYA.
Amalkan istighfar selalu sebagai cara untuk memohon ampun kepada Allah selain untuk mencuci hati dari sifat-sifat negatif seperti cemburu, hasad dengki dan mudah marah. Selalulah berselawat kepada Nabi Muhammad supaya masalah (cabaran) yang Anda lalui sekarang ini diringankan bebanannya.


Sebab 3:
Sebab ketiga kenapa masalah diturunkan pada Anda adalah kerana perbuatan kurang baik pada orang lain. Jika Anda berbuat jahat pada seseorang, balasannya adalah musibah, masalah dan dugaan berat.
Jika Anda menyakiti hati seseorang sama ada sengaja atau tak sengaja kemudian orang yang Anda sakiti tu teraniaya, hidup Anda pasti bermasalah. Inilah sebab kenapa Anda digalakkan berbuat baik kepada orang lain kerana kesan dari sikap berbuat baik itu, hidup Anda di limpahi rahmat dan di sinari keberkatan. Ia adalah balasan Tuhan kerana perbuatan baik Anda pada orang lain.
Andai kata hidup Anda sekarang ni bermasalah, kaji balik apa yang Anda dah buat sebelum ni. Mesti ada seseorang yang Anda dah sakiti hatinya.
Sebagai contoh, mungkin seseorang tu adalah ibu atau bapa Anda sendiri. Mungkin ada seseorang yang teraniaya oleh sikap Anda, sama ada Anda tersengaja atau tak tersengaja. Mungkin ada kawan yang sakit hati dengan sikap Anda tapi dia tak beritahu pada Anda, terutama kawan yang suka memendam rasa.
Ingatlah, segala perbuatan Anda, fikiran Anda dan tindakan Anda mendatangkan kesan tersendiri. Latih diri Anda berbuat banyak kebaikan supaya dari situ hidup Anda disinari dengan cahaya kegembiraan kesan dari kebaikan-kebaikan yang Anda lakukan.